Tuesday, November 17, 2009

Kursus Haji Perdana Negeri Selangor 1430 Hijrah

Salam. Gambar ini saya ambil ketika Kursus Haji Perdana Negeri Selangor 1430 Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Alhamdulillah berjalan dengan baik dan lancar. Saya diminta membimbing Maktab 73, sebagai Guru Pembimbing Haji. Pengalaman ini sangant baik dan saat yang paling manis bagi saya kerana ilmu ini mengajar saya segalanya.




Wednesday, September 2, 2009



Buatmu Ibu
Album : Kalimah Cinta
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com


Ibu? bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)

Friday, July 31, 2009

KURSUS MEMANAH

Salam. Baru-baru ini saya menghadiri kursus asas jurulatih memanah. Pengalaman baru bagi saya dan saya sangat puas apabila saya dapat menghadiri kursus yang selama saya angan-angankan.

Wednesday, April 8, 2009

SAYA BANGGA DENGAN ANDA SEMUA

TERUSKAN KECEMERLANGAN SAMTTAJ.......








SAMTTAJ BEST!

Salam. Kepada bekas dan pelajar SAMT Hisamuddin Klang, SMKA Sheikh Mohd, Said, Seremban, SMKA Maahad Hamidiah, Kajang ( Ini sekolah-sekolah saya belajar ). Kepada bekas dan pelajar SAM Hisamuddin, Sg Bertih, Klang, SRA Kg. Raja Uda, Pelabuhan Klang, SRA Batu 13 Puchong, SAMTTAJ Shah Alam ( Ini sekolah-sekolah tempat saya bertugas ). Belajarlah bersungguh-sungguh, hormat dan patuh kepada guru. Sebagai anak jangan lupa hormat dan taat serta patuh kepada ibu bapa. Adik-adik dan anak-anak adalah merupakan aset negara. Jangan rosakkan diri dengan melakukan salah laku disiplin, tidak libatkan diri dalam perkara yang merosakkan fikiran, tidak merosakkan kesihatan, tidak merosakkan nama keluarga terutama nama dan kehormatan ibu bapa, merosakkan nama sekolah, segalanya yang tergolong dalam perkara maksiat. ( maksiat ialah semua perkara yang dilarang Allah ). Sentiasa bercita-cita mengharumkan nama negara. "Cemerlang itu hak kita"

Lillahi Taala


Salam. Apa khabar semua? Lama saya tak bercerita. Sejak berpindah tugas dari Shah Alam ke Putrajaya.... banyak perkara baru yang saya alami. Jumpa kawan baru, dapat kerja baru, dapat bos baru.... liputan kerja makin luas. Kadang-kadang penat pun ada, tapi seronok. Alahamdulillah.

Bagi semua, buatlah sesuatu dengan sungguh-sungguh, yang penting jangan lupa berdoa, berzikir, bersolawat di mana sahaja kita berada. Allah Taala sentiasa bersama kita sekiranya kita selalau ingat dan rapat denganNya.

Mulakan hidup sehari-harian dengan doa juga memulakan sesuatu dengan basmalah dan niat lillahi Taala.

Saya mendoakan kemua semua yang baca blog saya semoga sentiasa di bawah pemeliharaan Allah Taala.

Followers