Wednesday, October 8, 2008
Selamat Bekerja
Monday, October 6, 2008
10 Tabiat Merosakkan Otak
10 TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK
1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita
Doa tidak makbul
Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?" Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:
1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu
3. tinggalkan sunnahnya.
4. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
5. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan
6. syukurnya.
7. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak
8. menentangnya.
9. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak
10. beramal untuknya.
11. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak
12. lari daripadanya.
13. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak
14. bersedia baginya.
15. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu
16. lupa keaiban kamu sendiri.
17. Kamu mngubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak
Kenapa doa tidak makbul
Saya selalu mendengar riwayat ini dikumandangkan di radio IKIM

Selamat berjuang
Salam. Wahai anak-anak dan adik-adik di seluruh Malaysia. Tuntutlah ilmu dengan sesungguhnya. Ilmu Allah ini amat luas. Berjuanglah untuk kebahagian dunia dan akhirat. Kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan besar seperti STPM, STAM, SPM, Sijil Menengah Agama (SMA) sukatan Al Azhar dan seumpamanya, PMR, I'dadi dan seterusnya peperiksaan akhir tahun, belajar dan ulangkaji dengan bersungguh-sungguh..... pasti Allah akan tolong kerana Siapa yang bersungguh pasti akan berjaya maksud hadith Man Jadda wa jada
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Alhamdulillah kita telah menyambut hari raya di Malaysia dengan aman makmur. Saya ingin mengajak semua agar sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Bagaimana agaknya keadaan rakan muslim kita di seluruh dunia terutama di Palestin. Ya Allah selamat seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.